Sajak Keindahan Yang Hilang – Shamsuddin Jaafar
I
Sayup-sayup undan tua berlagu hiba
terbang beriring di rembang petang
renik-renik mengirai bulu carik
melayang satu-satu berbaur debu
lesu berapungan di air lalu.
Daun-daun menghijau alangkah segar
kemilau danau disinar mentari
kali tenang betapa lembut mengalir ke muara
kedamaian melingkar rimba
lalu tumpah kasih nan jernih
erat bertaut cinta kasih.
Malam hiba dadanya ungu luka
pungguk tersedu pilu di atas batu
bulan tiada lagi mendandan wajah
bintang malam pudar sinarnya.
II
Orang bicara bulan bintang di makmal
pada buku, data dan komputer
lalu bulan dan cakerawala bisa diteroka
bisa kembara di planet dan angkasa.
Undan patah sayap gugur bulunya bertaburan
Suara siapa parau mendera di malam lara
Kali tenang tiba-tiba airnya bengis melanda
Kepada siapa anak-anak kota desa berhutang nyawa?
III
Bulan kini bukan menara kasih jernih
bintang-bintang bukan lagi saksi sumpah kekasih.
~ Shamsuddin Jaafar
1. MAKSUD:
Rangkap 1: digambarkan burung undan tua berada dalam keadaan yang tidak bermaya kerana tubuhnya dicemari debu dan bulu-bulu carik.
Rangkap 2: dilukiskan pula tentang keindahan alam semula jadi yang dapat menimbulkan kedamaian dan kasih sayang.
Rangkap 3: digambarkan pula burung pungguk yang menanti kehadiran bulan dan bintang.
Rangkap 4: kemajuan yang dicapai oleh sains dan teknologi, manusia kini menganalisis bulan melalui komputer, buku dan data-data yang dikumpul, sehingga manusia dapat menguasai angkasa luas dan meneroka bulan yang selama ini tidak pernah terimpikan.
Rangkap 5: penyair memaparkan segala macam kesan daripada penerokaan hutan sehingga menerbitkan pelbagai pencemaran termasuk kejadian yang meragut nyawa manusia yang tidak bersalah.
Rangkap 6: disimpulkan bahawa fungsi alam seperti bulan dan bintang yang asal ialah sebagai simbol kasih sayang tetapi kini telah hilang.
2.TEMA:
- Kemusnahan keindahan alam semula jadi akibat daripada kemajuan sains dan teknologi.
3. PERSOALAN:
a. Persoalan menekan kepada dua kesan:
i. ketika alam sentiasa dapat dinikmati
ii. selepas alam telah musnah. – timbul keresahan, terharu, kebimbangan
kerana manusia sentiasa mencari kemegahan, kekuasaan dan
keagungan melalui teknologi moden.
4. MESEJ:
a. alam semula jadi perlu dijaga. – keindahan tidak hilang dan musnah.
b. manusia perlu mengekalkan keindahan yang sedia ada.
c. jangan terlalu mengejar kemajuan teknologi tanpa mengambil
kira kesan yang akan dihadapi pada masa akan datang.
5. LATAR:
- awal tahun 70-an
- masyarakat Malaysia mula menerima kemajuan dari pertanian ke perindusterian.
- kemusnahan berlaku kerana kerakusan manusia meneroka hutan.
- masyarakat yang kian moden.
- manusia mula angkuh.
- mereka mula memahami pelbagai fenomena.
- mereka tidak menyanjung sunsur alam tapi mereka
mendabik dada bahawa merekalah yang telah menguasai alam sebenarnya.
6. INTUISI:
Rasa kecewa dan sedih penyair terhadap kemusnahan alam sekitar. Penyair sedih kerana keindahan alam yang dipuja selama ini sudah musnah kerana kerakusan manusia mengejar kemajuan teknologi moden. Selain menyesali sikap manusia yang semakin rakus meneroka alam tanpa memperdulikan kesan kepada makhluk lain.
7. PERANAN/FUNGSI:
Sajak ini membawa peranan sosial. Penyair menyampaikan sajaknya melalui perasaannya tentang keindahan alam yang semakin terhakis akibat mengejar pembangunan. Perkara ini menjelaskan bahawa alam sekitar perlu dijaga agar kekal dengan keindahan dan fungsinya.
8. NADA:
- melankolik.
9. BENTUK.
- bebas
10. GAYA BAHASA:
a. Personifikasi – ‘malam hiba dadanya ungu luka’
- ‘kali tenang tiba-tiba airnya bengis melanda’
b. metafora – “punguk tersedu pilu di atas batu”
“bulan kini bukan lagi menara kasih jernih”
c. Asonansi
d. Aliterasi.
PANTUN ALAM SEKITAR
pergi ke kedai membeli bunga,
bunga di beli cantik sekali,
alam sekitar perlu di jaga,
agar hidup sentiasa harmoni..
berjalan-jalan di tepi tasik,
bila berjalan perlu berhati,
alam di jaga kan cantik,
agar dilihat sumua generasi..
pergi ke kota bersama teman,
kota Melaka tempat pilihan,
mejaga sungai jadi amalan,
agar tidak berlaku pencemaran..
pergi menyelam di dalam laut,
pergi menyelam di laut china,
kita perlu menjaga laut,
agar khazanahnya terpelihara..
dua tiga kucing berlari,
mana nak sama si kucing belang,
jika tidak menjaga bumi,
nanti datang bencana alam..
bunga di beli cantik sekali,
alam sekitar perlu di jaga,
agar hidup sentiasa harmoni..
berjalan-jalan di tepi tasik,
bila berjalan perlu berhati,
alam di jaga kan cantik,
agar dilihat sumua generasi..
pergi ke kota bersama teman,
kota Melaka tempat pilihan,
mejaga sungai jadi amalan,
agar tidak berlaku pencemaran..
pergi menyelam di dalam laut,
pergi menyelam di laut china,
kita perlu menjaga laut,
agar khazanahnya terpelihara..
dua tiga kucing berlari,
mana nak sama si kucing belang,
jika tidak menjaga bumi,
nanti datang bencana alam..


