BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Latihan

Berikut adalah soalan-soalan Bahasa Melayu Tahun 5. Selamat menjawab :)



Latihan Simpulan Bahasa Tahun 5 

Tatabahasa

Bank Soalan Tahun 5 

Latihan PKJR Tahun 5

Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk

Karangan

Penjenisan Ayat






PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BACAAN


(a). Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan kata di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i). haram - pengharaman
(ii). risau - kerisauan
(iii). tunda – penundaan
[6 markah]

(b). Tukarkan ayat susunan songsang di bawah kepada ayat susunan biasa dengan mengekalkan maksudnya.

(i). Kami mementaskan drama Si Tenggang semasa meraikan kunjungan para wartawan dari Indonesia.

(ii). Untuk membangunkan sumber manusia bertaraf dunia, pendidikan sepanjang hayat merupakan satu kaedah terbaik.

(iii). Kerana Ali akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun ayah tidak menggalakkan Ali terlalu kerap menonton televisyen.
[6 markah]

(c). Dalam setiap ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin taip-tiap ayat itu semula.

(i). Hadirnya pendatang asing telah menimbulkan banyak delema kepada penduduk tempatan.

(ii). Jenayah yang licek itu akhirnya ditangkap oleh pihak polis dalam satu sebuan di tempat persembunyian semalam.

(iii). Usaha meningkatkan syair Islam perlu kerjasama daripada kerajaan dan tokoh-tokoh agama.
[6 markah]

(d). Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i). Ibu memasukkan cincin kepada jari manis kakak Saedah semasa majlis pertunangan dengan abang saya.

(ii). Namun banyak kemusnahan ketika berlakunya gempa bumi baru-baru ini, penduduk Aceh tetap meneruskan kehidupannya.

(iii). ”Jangan mudah terpesona akan pujuk rayu lelaki asing oleh kerana kamu tidak tahu muslihat mereka,” nasihat ibu kepada kakak.
[6 markah]

(e). Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi di bawah.

(i). “Saya tidak menuduh sesiapa dalam kalangan kamu yang mencuri lembu Pakcik Kadir tetapi mereka yang terlibat mesti tahu akan kesalahan masing-masing,” kata Ketua Kampung itu.

(ii). Dewi memarahi Ravi kerana menuntut kembali jam tangan emas yang diberikan kepadanya.

(iii). Datuk Kamaruddin percaya bahawa beliau akan berjaya dalam perniagaan yang lain kerana pernah gagal dalam perniagaan pertama dahulu.
[6 markah]